Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

"Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

"Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia," katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan