Abdul Rahim Terima Anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor pada Rabu menerima anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan keselamatan negara dan memartabatkan institusi kepolisan di Malaysia.

Ia merupakan anugerah tertinggi Perkasa dan pernah dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail.

Anugerah itu disampaikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada majlis perasmian Persidangan Agung Tahunan Kedua badan bukan kerajaan tersebut di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini, Rabu.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk kepimpinan Perkasa di atas anugerah yang penuh bermakna ini," katanya ketika berucap pada persidangan tersebut.

Beberapa ahli majlis tertinggi Perkasa turut dikurniakan anugerah di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan