Abdul Rahim Bidas Kenyataan Mat Sabu

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyifatkan komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 merupakan hero sebenar.

"Ini bukan serangan secara peribadi tetapi saya membidas pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong. Beliau tidak ubah seperti penglipur lara kerana tidak suka membaca," katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini, Rabu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana menganggap pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa polis yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat.

"Polis bukan menentang PKM dan pemimpin kiri Melayu yang tidak berjuang menuntut kemerdekaan tetapi mereka yang bersetuju untuk menubuhkan Republik Rakyat Malaya.

"Apa yang dinyatakan oleh Mat Sabu hanyalah sebahagian daripada sejarah Bukit Kepong," katanya.

Justeru, Abdul Rahim menggesa semua umat Islam di negara ini supaya bersatu seperti pada 1946 supaya detik hitam itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya bersiap sedia menghadapi gelombang hak asasi manusia yang tidak dapat dielakkan di seluruh dunia.

"Sekarang ini, kita lihat gelombang hak asasi manusia banyak mempersoalkan hak yang telah diterima termasuk kontrak sosial. Dasar yang telah dipersetujui seolah-olah di pandang remah soal," jelasnya.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan