Sains dan Matematik:Page Minta Kerajaan Benarkan Ibu Bapa Pilih Bahasa - Berita Semasa | mStar

Sains dan Matematik:Page Minta Kerajaan Benarkan Ibu Bapa Pilih Bahasa

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) menggesa kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa penghantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

Pengerusi persatuan Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata ibu bapa hendaklah diberi hak memilih untuk anak-anak mereka seperti dinyatakan dengan jelas dalam kata penghantar Akta Pendidikan 1966 bahawa 'kanak-kanak sekolah adalah dididik menurut hasrat ibu bapa mereka."

Page, yang menyokong agar dikekalkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tidak menentang kerajaan cuma ia mahu menentukan kanak-kanak diberi sebaik-baik pendidikan dan diajar dalam bahasa yang paling wajar, katanya pada satu sidang akhbar.

"Semua pihak perlu bersikap realistik dan rasional terhadap isu bahasa kerana mereka yang menanggung akibat dasar yang sembarangan ini adalah anak muda sekarang dan generasi akan datang," kata Noor Azimah pada sidang akhbar itu yang turut dihadiri wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan mengenai pendidikan yang turut menyokong usaha mengekalkan PPSMI termasuk presiden pengasas Institut Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas), Tunku Zain Al-'Abidin dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah.

Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah pada tahun 2003.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada tahun 2009 bahawa kerajaan akan menukar dasar PPSMI itu balik kepada Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil mulai 2012 tetapi penekanan juga diberi terhadap Bahasa Inggeris.

Azwanddin pula berkata suara dan pendapat ibu bapa harus didengar oleh kerajaan khususnya dalam isu berkaitan pendidikan anak-anak.

"Mempelajari Bahasa Inggeris tidak akan menjatuhkan martabat bangsa Melayu, malah kita (Melayu) akan menjadi lebih hebat mempelajari bahasa tersebut bermula dengan pendedahan kepada generasi muda," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan