PM Tiba Di Riyard

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Riyadh petang ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud yang mangkat Sabtu lepas.

Pesawat yang membawa Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di pangkalan Udara Tentera Arab Saudi di Riyadh pada pukul 1.55 petang (6.55 petang waktu Malaysia) dan ketibaan beliau disambut oleh anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Putera Mahkota yang berusia lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di luar negara pada Sabtu lepas setelah gering.

Ramai orang kenamaan dari luar negara tiba untuk menghadiri pengebumian Putera Mahkota itu yang dijadualkan selepas solat Asar, dan majlis itu disiarkan secara langsung oleh televisyen kebangsaan Arab Saudi KSA1 dan KSA2.

Najib dan isteri dijadualkan kembali ke tanah air lewat petang ini, dan dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok pagi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan