PKR Sambut Baik Tindakan Siasat Ladang Lembu Kontrak

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mendapatkan penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan National Feedlot Corporation Sdn Bhd di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, siasatan ke atas pengurusan projek pembangunan ladang kontrak penternakan lembu fidlot di Gemas itu wajar dilakukan terutama bagi mengkaji sama ada berlakunya ketirisan perbelanjaan.

"Pada 20 Oktober lalu, kami telah membuat kunjungan tidak rasmi ke Pusat Feedlot Kebangsaan seluas seluas 560 hektar di Gemas untuk menentukan prestasi pencapaian pusat tersebut memenuhi sasaran yang ditetapkan.

"Kajian awal PKR menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan jumlah wang rakyat yang besar," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai keputusan PAC pada Isnin untuk mendapatkan penjelasan daripada sekurang-kurangnya tujuh kementerian atau agensi kerajaan berhubung kelemahan sistem pengurusan kewangan seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara.

National Feedlot Corporation Sdn Bhd merupakan salah satu daripada kementerian dan agensi yang terlibat.

Selain itu Mohd Rafizi mendakwa projek berkenaan gagal memenuhi matlamat awal bagi meningkatkan tahap sara diri bagi daging lembu dari 28 peratus pada tahun ini kepada 40 peratus pada 2015.

"Hasil dari temuramah dengan pekerja-pekerja, maklumat yang diperolehi jumlah lembu yang dipelihara pada satu-satu masa ialah sekitar 1,000 ekor dengan anggaran sembelihan setiap hari sekitar 20 ekor.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan