Penulis Blog Mohd Hafiz Menang Anugerah APICTA 2011

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog Muhammad Hafiz Ismail memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, "Life Through My Eyes' (www.apistakkisah.blogspot.com).

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia adalah penganjur bersama anugerah tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, MSC Malaysia dan MDeC berkata Muhammad Hafiz menewaskan hampir 250 pencalonan lain.

Menurut kenyataan itu, 246 syarikat tempatan, individu dan pelajar menghantar penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) buatan Malaysia mereka untuk bersaing dalam 19 kategori dan 35 pencalonan dipilih sebagai sama ada pemenang atau merit dalam kategori masing-masing.

Antara pemenang ialah: E-Kerajaan Terbaik (IRIS AXESS P5000) IRIS Corp Bhd; Keselamatan Terbaik (Secure Token ST3) SecureMetric Technology Sdn Bhd; Aplikasi Kewangan terbaik (Digital Transaction Banker) eBworx Bhd; Syarikat Baharu Terbaik Open Dynamics Sdn Bhd dan Projek Perisian/Perkakasan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Terbaik (Health3) Asia Pacific University College of Technology & Innovation.

Menurut kenyataan itu, para pemenang akan bersaing di peringkat antarabangsa di Anugerah International APICTA di Pattaya, Thailand, lewat tahun ini.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata anugerah tersebut merupakan wadah yang menekankan hasrat kerajaan untuk menjana kreativiti dan inovasi bagi menerajui kekayaan, kualiti dan kesejahteraan masyarakat untuk negara.

"Malahan, Laporan Bank Dunia 2010 menyenaraikan inovasi sebagai satu daripada tiga pembaharuan yang perlu untuk memacu keluaran dalam negara kasar Malaysia sebanyak lima peratus atau lebih lagi tahun ke tahun," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan