Pasar Borong Selangor Belum Capai Matlamat Sebagai Pusat Pemasaran Setempat Bagi Petani

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kompleks Pasar Borong Selangor belum mencapai matlamat untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dan mewujudkan pusat pemasaran setempat khusus bagi peladang, penternak dan nelayan kerana kebanyakan lot perniagaan di kompleks itu disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.

Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001. Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pada peringkat awal operasi pasar borong tidak mendapat sambutan petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya belum membangun menyebabkan PAISB menyewakan lot perniagaan pasar borong kepada sesiapa yang berminat untuk menanggung kos operasi.

Laporan itu menyatakan perubahan matlamat pasar borong itu sebagai pusat pertemuan nelayan dan peladang kepada pasar borong umum tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS mengakibatkan aktiviti pasar borong tidak selaras dengan matlamat pembangunan yang ditetapkan.

Semakan audit terhadap PAISB antara Oktober 2010 hingga Februari 2011 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB tidak memuaskan, dan PAISB mengalami kerugian sebelum cukai RM0.09 juta pada tahun lepas.

Laporan Audit itu mengesyorkan PAISB dan PKPS supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat.

Antara cadangan itu ialah PAISB hendaklah meningkatkan promosi mengenai aktiviti Kompleks Pasar Borong Selangor, mempertingkatkan pengurusan seperti kemudahan asas, tahap kebersihan dan keselamatan, mengawal lambakan pekerja warga asing, membuat penilaian dan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan sambutan pengunjung.

PAISB juga hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, mempertingkatkan pengurusan kewangan dan beroperasi selaras dengan peraturan ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan