Najib Kirim Takziah Kepada PM Turki Ekoran Gempa Bumi

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengirim ucapan takziah kepada rakan sejawatannya dari Turki Recep Tayyip Erdogan berikutan gempa bumi yang melanda negara itu dengan teruk pada 23 Okt.

"Benarkan saya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan takziah ikhlas kepada tuan dan semua keluarga mangsa gempa bumi yang melanda Wilayah Van pada petang 23 Okt," kata Najib dalam surat bertarikh hari ini (25 Okt) kepada Erdogan.

"Doa dan ingatan kami bersama anda dan rakyat Republik Turki pada saat-saat yang menyukarkan dan cukup mencabar ini," kata Najib.

"Semoga Allah Maha Berkuasa memberikan rahmat dan belas ihsannya ke atas mangsa tragedi ini dan semoga roh mereka mendapat tempat di syurga," kata beliau.

Menurut agensi berita Reuters, gempa bumi dengan magnitud 6.6 itu mengorbankan sekurang-kurangnya 279 orang, menyebabkan beratus-ratus masih hilang dan lebih 1,300 cedera di bahagian tenggara Turki yang kebanyakannya didiami masyarakat Kurdish. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan