MIC Johor Yakin Pertahan Empat Kerusi DUN

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: MIC Johor berkeyakinan tinggi parti itu mampu mempertahankan keempat-empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh wakilnya pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha MIC Johor M.Asojan berkata keempat-empat kerusi DUN yang ditandingi pemimpin parti itu di bawah tiket Barisan Nasional (BN) adalah Gambir, Kahang, Tenggaroh dan Permas.

"Walaupun pengundi majoriti di keempat-empat kerusi Dewan Undangan Negeri itu terdiri daripada kaum Melayu, tetapi pemimpin MIC terbabit termasuk saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dengan baik," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau yang merupakan anggota DUN Gambir serta anggota exco kerajaan negeri berkata, anggota DUN daripada MIC itu telah menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Kata Asojan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi MIC Johor berkeyakinan untuk mengekalkan keempat-empat kerusi DUN itu sebagai kubu kuat untuk BN pada pilihan raya umum akan datang, sebagaimana yang berlaku pada 2008. Walaupun berhadapan dengan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, tetapi katanya, keempat-empat kerusi DUN yang ditandingi oleh wakil MIC itu berjaya dipertahankan dengan kelebihan undi majoriti melebihi 2,000.

"Kita percaya dengan sentimen pengundi yang lebih baik terhadap BN dan MIC ketika ini, secara keseluruhannya kita berkemampuan untuk mencatat prestasi yang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pendekatan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi B NJohor, berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Johor telah banyak membantu jentera BN serta MIC Johor, katanya.

"Kerajaan Negeri Johor telah menghulurkan banyak bantuan di dalam usaha kita mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India seperti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan kuil-kuil," katanya.

Katanya rakyat tidak mempunyai sebab untuk mendampingi parti-parti pembangkang jika BN berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Mengenai pertukaran kerusi di antara parti-parti komponen BN yang lain, Asojan berkata, tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini, tetapi MIC Johor menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh BN dan MIC Pusat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan