Malaysia Minta PBB Percepat Permohonan Palestin Jadi Anggota

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mempercepatkan kelulusan permohonan Palestin menjadi anggota badan dunia itu.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff berkata Majlis Keselamatan PBB mempunyai tanggungjawab moral, politik dan perundangan untuk memastikan Palestin diterima sebagai anggota PBB tanpa melengahkannya.

"Memandangkan lebih dua pertiga negara anggota PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, kami menyeru Majlis Keselamatan mempercepatkan permohonan ini," katanya pada perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai keadaan di Timur Tengah termasuk soal mengenai Palestin di New York, Selasa.

Ucapan beliau diperoleh Bernama di sini.

Hussein berkata Malaysia menyokong sepenuhnya permohonan Palestin untuk menjadi anggota PBB dan bersimpati dengan nasib rakyatnya yang telah mendiami negara itu sejak dua abad yang lepas.

"Kita semua harus menyokong Palestin dalam memperjuangkan haknya yang tulen termasuk hak menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat, dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya," kata beliau.

Malaysia juga mahu Israel memenuhi tanggungjawabnya termasuk tidak mencetuskan provokasi seperti mewujudkan penempatannya di wilayah Palestin, kerana perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa ini akan menjejaskan usaha menyelesaikan masalah di Palestin.

"Kami menyeru Israel menghentikan semua amalan yang melanggar undang-undang antarbangsa dan yang mengetepikan hak asasi manusia," kata Hussein.

Mengenai rakyat Palestin yang menjadi tahanan Israel, Malaysia mahu Israel patuh kepada standard layanan tahanan dan menghentikan sebarang layanan buruk terhadap mereka.

Hussein berkata langkah untuk menyelesaikan isu mengenai Palestin memerlukan usaha dan tenaga bersepadu masyarakat antarabangsa.

"Sekali lagi, kami menyeru Majlis Keselamatan mengambil tindakan sewajarnya, kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan terhakisnya kredibiliti Majlis Keselamatan sebagai organ utama yang bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan