Malaysia Anjur Kejohanan Catur Terbuka Amatur dan Wanita Asia 2011 - Berita Semasa | mStar

Malaysia Anjur Kejohanan Catur Terbuka Amatur dan Wanita Asia 2011

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Catur Malaysia (MCF) sedang bersiap-sedia untuk menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka Amatur dan Wanita Asia 2011 yang akan disertai lebih 40 buah negara dari benua Asia mulai 25 November hingga 1 Disember ini di sini.

Kejohanan yang diluluskan Persekutuan Catur Asia itu menganjurkan kejohanan individu sembilan pusingan dan terbuka kepada semua pemain Asia dengan rating FIDE di bawah 2100 dan pemain tanpa rating.

Kawalan Masa bagi acara tersebut adalah 90 minit termasuk 30 saat tambahan bagi setiap pemain.

Dalam satu kenyataan, Presiden MCF, Tan Sri Ramli Ngah Talib berkata, pihaknya gembira diberi tanggungjawab menganjurkan kejohanan tersebut yang merupakan yang kedua dalam siri ini selepas Lebanon menjadi tuan rumah tahun lalu.

Pada akhir kejohanan itu, katanya, pertandingan Open Blitz akan diadakan yang merangkumi kejohanan selama seminggu itu dan memberikan peluang kepada para pemain untuk menguji kemahiran dalam cabaran pantas berdepan para pemain Amatur terhebat di dunia.

"Kejohanan ini dijangka menarik ramai pemain, juga jumlah penonton dan penyokong besar dari lebih 40 negara Asia terutama negara jiran yang hebat seperti Filipina, Vietnam dan Indonesia.

"Dengan acara berprestij ini, Malaysia membuka pintu kepada ramai pemain amatur di seluruh negara untuk mengalami keterujaan catur bertaraf Asia dan meningkatkan peluang mereka berjaya di platform benua Asia," katanya.

Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai yang berminat. Yuran pendaftaran kategori terbuka adalah RM412 sementara yuran kemasukan pemain tanpa rating adalah RM495.

Penyertaan akan ditutup pada 4 November ini.

Semua permohonan untuk borang pendaftaran dan pertanyaan mengenai Kejohanan Catur Terbuka Amatur dan Wanita 2011 boleh diajukan kepada sekretariat menerusi emel ke "najib.wahab@chess-malaysia.com" atau Persekutuan Catur Malaysia di alamat "ianchess2010@gmail.com."

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan