Kerajaan Dengar, Bantu Masyarakat India - Palanivel

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata masyarakat India di negara ini akan menyambut Hari Deepavali dengan jaminan bahawa kerajaan akan mendengar dan terus membantu masyarakat itu menerusi proses transformasi negara.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perihatin dengan menyokong dan menampung permintaan masyarakat itu.

"Sehingga ini kerajaan telah menghulurkan banyak bantuan melalui pelbagai program dan yakin masyarakat India berada di landasan yang betul ke arah mencapai kemakmuran.

"Masyarakat India akan terus menikmati kemajuan sekiranya mereka bersatupadu," katanya dalam perutusan Deepavali pada Selasa.

Deepavali, yang dianggap sebagai pesta cahaya, akan disambut Rabu ini.

Palanivel berkata keharmonian di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini perlu dipertahankan dan mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang dianggap sensitif.

Demi semangat 1Malaysia, beliau pasti masyarakat India bersama rakyat Malaysia yang lain akan bekerjasama bagi memastikan negara mencapai kemajuan dan kejayaan dalam pelbagai bidang.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penduduk India mempunyai masa depan yang cerah dengan pengenalan pelbagai projek seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

Beliau menyeru masyarakat India supaya menceburi program-program yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Palanivel turut meningatkan masyarakat India supaya menyambut perayaan itu secara sederhana sambil tidak lupa kepada golongan kurang bernasib baik dan mereka yang dalam kesusahan.

"Biar kita semua hulurkan bantuan kepada mereka yang hidup dalam kesusahan," katanya.

Beliau turut menjemput semua rakyat Malaysia menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, Selangor dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari, Rabu ini.

Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas pula berkata perayaan Deepavali akan memperkukuhkan interaksi dan mengeratkan hubungan sesama kaum selaras dengan matlamat gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata interaksi yang wujud ketika melawat rumah rakan-rakan dan saudara-mara sudah pasti akan membuka pintu persahabatan dan meningkatkan pengetahuan masing-masing mengenai corak budaya kaum lain.

"Pemahaman sebegini akan menjadikan masyarakat lebih memahami tindak-tanduk setiap rakyat Malaysia yang berasal daripada kaum yang berbeza tentang sesuatu perkara.

"Sudah pasti tidak akan timbul sebarang rasa prejudis dan syak wasangka yang akan merenggangkan ikatan kita," katanya dalam perutusan sama.

Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu meminta semua kaum di negara ini supaya dapat berganding bahu dengan kaum India dalam menyambut Deepavali.

Beliau berkata keadaan itu hanya dapat dicapai jika semua rakyat berdiri teguh bersama kerajaan dan membantu merealisasikan harapan negara dan bangsa.

Katanya proses transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri telah mengubah cara hidup rakyat sehingga menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

"Harapan saya adalah supaya setiap rakyat Malaysia memberi keutamaan terhadap kestabilan dan mementingkan perpaduan demi memastikan kesejahteraan negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan