ITU: Pavalion Malaysia Ketengahkan Pencapaian Jalur Lebar

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Pavalion Malaysia pada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Telecom World di sini, yang menggabungkan elemen moden dan tradisional, mengetengahkan kejayaan jalur lebar negara.

Reka bentuk pavalion diilhamkan daripada Labu Sayong, bekas daripada tanah liat untuk menjaga kebersihan air.

Ia turut mencerminkan pembangunan teknologi yang terhasil daripada tradisi Malaysia yang kukuh dan pada masa yang sama membuktikan budaya dan teknologi boleh disepadukan.

Malaysia menyertai ITU Telecom World buat kali ketiga dan merupakan usaha sama antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Multimedia (MCMC).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan melancarkan pavalion itu esok.

Pavilion itu juga mempamerkan kejayaan Malaysia dalam melaksanakan Perkampungan Wifi dan pengedaran netbook 1Malaysia kepada pelajar, yang merupakan program yang unik.

Acara itu menyaksikan penyertaan Celcom, Digi, Maxis, Measat, Telecom Malaysia Berhad (TM), Yes-Mobile Internet Innovation daripada Yes dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Ia berlangsung sempena ITU Telecom World selama empat hari yang bermula hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan