Isa Samad Belum Dilantik Sebagai Pengerusi KPF Secara Rasmi

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF.

"Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda.

"Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan.

Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan