Binokular Marin Dibeli 2,805 Peratus Lebih Mahal Daripada Harga Pasaran

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga kontrak pembelian sebuah binokular marin (penglihatan malam) oleh Jabatan Taman Laut Malaysia didapati 2,805 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan barangan itu, yang harga pasarannya RM1,940, telah dibeli pada harga RM56,350 sebuah.

Sementara itu, Binokular Bushnell (penglihatan malam) yang berharga RM2,827 di pasaran, dibeli pada harga RM56,350 sebuah, iaitu 1,893 peratus lebih tinggi.

Ini adalah antara perbezaan harga barangan yang dibeli jabatan itu, yang dikenal pasti Jabatan Audit Negara melebihi antara 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran.

"Mengikut perkiraan Audit, perbezaan harga sejumlah RM172,501 sepatutnya boleh dijimatkan dalam menguruskan perolehan ini, dan semakan Audit mendapati tiada bukti jabatan itu telah membuat kajian pasaran sewajarnya untuk membeli barangan tersebut," demikian menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, hasil maklum balas daripada jabatan itu, kajian pasaran hanya dibuat berdasarkan pertanyaan lisan kepada Jabatan Perikanan Malaysia kerana pegawai yang menguruskan perolehan berkenaan tidak mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Selain itu, Jabatan Taman Laut Malaysia didapati membuat pembayaran penuh bagi beberapa peralatan yang dibekalkan kontraktor tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.

Ini menyebabkan kerajaan terlebih bayar RM100,517 kepada kontraktor, bagaimanapun, bayaran itu tidak termasuk enjin utama dan kotak gear.

Antara barangan yang tidak mengikut spesifikasi ialah TV LCD dan pemain DVD jenama toshina, yang harga kontraknya RM16,100, namun dibekalkan dengan barangan jenama Philips bernilai RM195.

Selain itu, sistem CCTV berjenama Paradox pada harga kontrak RM5,750 tetapi dibekalkan jenama Belco bernilai RM640.

Laporan itu juga menyatakan bayaran denda ke atas Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd, yang diberikan tanggungjawab membina bot aluminium semua cuaca kerana gagal menyiapkan bot itu mengikut perjanjian, adalah lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 sebagai denda namun hanya mengutip RM23,792.56 iaitu kurang RM28,801.52.

Oleh itu, Audit berpendapat jabatan tersebut perlu mengutip balik baki denda daripada kontraktor berkenaan dengan segera.

Jabatan Audit juga mencadangkan agar Jabatan Taman Laut Malaysia menilai setiap tender dengan teliti bagi memastikan harga yang ditawarkan dapat memberi nilai berbaloi dengan apa yang dibelanjakan kerajaan.

"Jabatan itu juga perlu menjalankan pemeriksaan semula terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kontrak, serta melaraskan pembayaran yang terlebih bayar bagi peralatan yang tidak dibekalkan, atau pembekalan tidak mengikut spesifikasi," kata laporan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan