Bangladesh Tawar Projek Jambatan Bernilai RM6 Bilion Kepada Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat Malaysia menyuarakan minatnya untuk melaksanakan projek jambatan pelbagai guna Padma bernilai RM6 bilion di Bangladesh, kemungkinan menerusi usaha sama dengan rakan asing, kata Duta Khas Malaysia Datuk Seri S Samy Vellu.

Tanpa menamakan syarikat itu, Samy Vellu berkata beliau sudah memulakan perbincangan awal dengan syarikat berkenaan baru-baru ini, selepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menawarkan sebuah projek besar kepada Malaysia.

"Kami sedang mengkaji laporan daya maju projek itu yang disediakan oleh perunding yang dilantik oleh kerajaan Bangladesh," kata bekas menteri kerja raya itu kepada pemberita di sini, Selasa.

Samy Vellu yang mengakhiri lawatan kerja empat harinya ke Bangladesh minggu lepas, yang menyaksikan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian dengan Dhaka untuk melaksanakan projek infrastruktur bernilai RM10 bilion, berkata satu kajian akan dilakukan untuk mereka bentuk semula jambatan berkenaan bagi mengurangkan kos, yang dipersetujui oleh Sheikh Hasina.

"Saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri (Bangladesh) bahawa kami perlu mengkaji semula reka bentuknya. Kami merancang melantik perunding untuk mereka bentuk semula jambatan itu," katanya.

Samy Vellu dilantik sebagai Duta Khas (Infrastruktur) ke India dan Asia Selatan yang setaraf Menteri, Januari lepas.

Beliau berkata pulangan daripada pelaburan projek jambatan itu akan dikumpul menerusi kutipan tol, dan tidak menolak kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian konsesi yang lebih panjang dengan pihak berkuasa Bangladesh.

Projek Jambatan Padma merupakan projek yang diberikan keutamaan oleh kerajaan Sheikh Hasina, bagi menghubungkan wilayah selatan Bangladesh dengan tempat lain di negara itu.

Dianggarkan jambatan itu akan menambah dua peratus sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Laporan menyebut Projek Jambatan Padma menghadapi masalah apabila agensi penyumbang, yang diketuai Bank Dunia, menggantung pembiayaan untuk projek itu berikutan wujud dakwaan rasuah, tuduhan yang disangkal oleh kerajaan Bangladesh.

Jambatan sepanjang 6.15 kilometer itu dengan 3.68km di darat, akan menyambungkan 19 wilayah barat daya dan ibu negara, meningkatkan akses ke pasaran, meningkatkan perkhidmatan dan menyegerakan pertumbuhan.

Jambatan itu juga akan mengurangkan jarak ke Dhaka sejauh kira-kira 100km dan separuh dari masa perjalanan dari kebanyakan kawasan di barat daya.

Jambatan itu juga akan meningkatkan dagangan wilayah, dengan menghubungkan Asian Highway dan sistem rangkaian kereta api Trans-Asia.

Ia juga menghubungkan dua pelabuhan utama di Bangladesh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan