AirAsia Bawa 7.35 Juta Pelancong Pada Suku Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, membawa 7.35 juta penumpang pada suku ketiga tahun ini, peningkatan 13.5 peratus berbanding 6.48 juta penumpang pada tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata kapasiti (bilangan tempat duduk) meningkat sebanyak 13.8 peratus kepada 9.424 juta pada suku dalam kajian berbanding 8.284 juta sebelumnya.

Ia berkata perolehan penumpang mengikut kilometer, ukuran jumlah penumpang yang diangkut oleh syarikat penerbangan itu, meningkat 13.9 peratus kepada 8.711 bilion berbanding 7.650 bilion sebelumnya.

Kesediaan tempat duduk mengikut kilometer melonjak 15 peratus kepada 11,134 berbanding 9,684 sebelumnya, katanya.

AirAsia berkata Malaysia merupakan penyumbang terbesar berbanding unitnya di Thailand dan Indonesia.

Malaysia merekodkan peningkatan 7.6 peratus dalam jumlah penumpang yang dibawa kepada 4.341 juta berbanding 4.035 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Unit Indonesia mengangkut 437,877 penumpang, peningkatan 15.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas yang membabitkan seramai 378,458 penumpang.

Pada suku yang sama, Thai AirAsia menerbangkan 491,128 penumpang, meningkat 17.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas seramai 418,383 penumpang.

Syarikat penerbangan itu mempunyai barisan 95 pesawat sehingga suku ketiga, menambah 10 pesawat berbanding tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan