Umno Kedah Akan Akur Jika Diminta Tukar Kerusi

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah tiada masalah untuk membuat pertukaran kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika ia merupakan sesuatu yang dipersetujui BN pusat.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau akan mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan BN berhubung perkara itu.

Pada Isnin, Presiden MIC Datuk G. Palanivel dilapor sebagai berkata bahawa MIC berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.

Ahmad Bashah berkata bagaimanapun tindakan Presiden MIC itu dirasakan masih terlalu awal kerana tarikh pilihan raya sebenar belum diketahui.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya Deepavali kepada lebih 300 warga emas dan kanak-kanak masyarakat India di Dewan MCA di sini malam Ahad.

Majlis itu adalah anjuran Penyelaras Barisan Nasonal (BN) Dewan Undangan Negeri Lunas S. Ananthan dengan kerjasama Penyelaras BN Parlimen Padang Serai Datuk Chin Tung Leung sempena perayaan Deepavali Rabu ini.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berpendapat perkara pertukaran kerusi itu adalah terlalu awal untuk difikirkan.

Apa yang lebih penting sekarang ialah mencari jalan menguatkan lagi pengaruh BN pada semua kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Rumah Terbuka Pemuda MIC Padang Serai, Padang Taman Kucai, Lunas di sini petang Ahad.

Lebih 800 anggota MIC dan masyarakat tempatan hadir pada majlis itu.

Mukhriz turut menyumbangkan lebih 500 bungkusan hamper berupa barangan keperluan untuk masyarakat India tempatan sempena sambutan Deepavali. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan