Pewartaan Kg Melayu Lama Sebagai Kg Warisan Perlu Persetujuan Pemilik Tanah

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kampung Melayu lama di negara ini hanya akan diwarta sebagai kampung warisan sekiranya pewaris atau pemilik tanah di kampung itu sebulat suara bersetuju untuk berbuat demikian.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mana-mana pewaris atau pemilik tanah untuk mewartakan kampung mereka sebagai kampung warisan.

"Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005, sesebuah tapak atau bangunan memerlukan persetujuan pemilik tanah sebelum ia diwartakan sebagai warisan," katanya di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Maglin menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang ingin mengetahui perancangan kementerian itu bagi mengekalkan warisan kampung Melayu lama dan akta yang memelihara agar kewujudan kampung Melayu berkekalan.

"Ada juga kampung yang kita sasarkan tapi agak sukar kerana ada sesetengah pemilik atau pewaris yang sukar dihubungi...mungkin kerana tukar alamat," katanya.

Beliau berkata Jabatan Warisan juga menerima beberapa permohonan daripada pemilik dan pewaris yang mahu kampung mereka diwarta sebagai kampung warisan, tetapi ia perlu memenuhi kriteria yang antaranya mengambil kira khazanah atau tradisi yang memerlukan pemuliharaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan