Perbelanjaan Lebih 6.6 Peratus Untuk Biayai Kos Operasi

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menjelaskan perbelanjaannya yang melebihi 6.6 peratus tahun lalu adalah bagi membiayai sebahagian anggaran belanja mengurus (ABM), operasi dan pembangunan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, anggaran perbelanjaan itu sudah mencecah 70 peratus bertujuan untuk membayar gaji kepada 500,000 kakitangan dan guru sekolah.

"Peningkatan itu mungkin disebabkan perbelanjaan yang membabitkan kos puluhan juta setiap kali pertukaran elaun wilayah dibuat dan jika kita menambah RM10 untuk setiap pelajar bagi dasar 1Murid,1Sukan.

"Perbelanjaan mengurus yang banyak mungkin disebabkan oleh populasi besar dan kadang-kala elaun dibayar itu menyebabkan jumlah secara relatif bertambah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan sembilan kementerian melakukan perbelanjaan lebihan.

Menurut Wee, perbelanjaan tidak sempat digunakan jika projek pembangunan mengalami masalah seperti masalah tanah atau projek kabin tidak selesai.

"Secara keseluruhannya, apa yang berlaku adalah berdasarkan kepada kelulusan Parlimen di mana kita melihat perbekalan tambahan Kementerian Pelajaran perlu meminta perbelanjaan lebih disebabkan pelaksanaan projek tertentu demi agenda pendidikan," katanya.

Berdasarkan laporan audit 2010, Kementerian Pelajaran menerima peruntukan sebanyak RM26.49 bilion tetapi telah membelanjakan kira-kira RM28.25 bilion, lebihan berjumlah RM1.76 bilion daripada peruntukan asal.

Dalam perkembangan berasingan, Wee berkata, Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah telah melakukan siasatan berhubung dakwaan terhadap anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabul kehormatan rakan sekolahnya.

"Hasil siasatan juga telah diserahkan. Kita tidak perlu mencampurkan politik dengan pendidikan.

"Jika ada cara lain untuk membuat pembelaan, saya rasa ia terpulang kepada keluarga mangsa seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Wee berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan lebih baik untuk menangani kes tidak berasas agar tidak menguris hati sesiapa.

Ketika ditanya mengenai desas-desus pelajar tingkatan 4 akan mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu pada tahun depan, Wee berkata, keputusan tersebut akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan