Myagrosis Manfaatkan Kawasan Tanah Terbiar Di IPTA Untuk Pertanian - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) akan memanfaatkan kawasan tanah kosong atau terbiar dalam kawasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan aktiviti pertanian secara ladang kontrak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata buat permulaan, kelab akan menumpukan kepada tanaman pelbagai sayuran seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita nak gunakan tanah terbiar sebab sekarang di negara kita 60 peratus sayur ditanam di tanah setinggan (tidak kekal) dan tidak ada tanaman sayur secara ladang. Macam di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Merbok ini ada 170 ekar (68.8 hektar) tanah kosong.

"Kalau dirancang dengan baik, ia boleh jadi ladang kontrak sekali gus menampung masalah bekalan sayur dari negara jiran," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kelab MyAgrosis Kedah, di UiTM Merbok dekat sini, Isnin.

Beliau berkata buat permulaan, sebanyak RM34 juta diperuntukkan bagi menjayakan projek itu, iaitu RM10 juta masing-masing disediakan Agrobank dan Tekun Nasional, manakala RM14 juta lagi oleh kerajaan yang diumum menerusi Belanjawan 2012 bagi program ladang kontrak.

Noh berkata pelancaran Kelab MyAgrosis merupakan salah satu usaha memartabatkan sektor pertanian negara dengan penyertaan golongan profesional seperti siswazah dalam bidang berkenaan.

Dengan menyertai kelab berkenaan, siswazah akan memperolehi banyak manfaat kerana hasil akan dijual terus kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk dipasarkan di pasar-pasar tani, katanya.

"Setiap peserta juga akan diberi kad MyAgrosis bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman daripada Tekun dan Agrobank selepas menamatkan pengajian nanti selain boleh membuka akaun Agrobank secara percuma.

"Peserta juga akan dilindungi insurans kemalangan peribadi sebanyak RM10,000 dan setiap hasil mereka akan menggunakan jenama MyAgrosis sendiri," katanya.

Pelancaran kelab itu di UiTM Merbok hari ini merupakan projek perintis yang membabitkan 366 siswazah dan hasil pertama dijangka dituai oleh Perdana Menteri dalam tempoh dua bulan sempena pelancaran Kelab MyAgrosis peringkat kebangsaan di IPTA berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan