Kumpulan Berkepentingan Mahu Jambatan Udara di KLIA 2

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggunaan jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang baru (KLIA2) di Sepang akan memberi faedah kepada semua pengguna, dan bukan hanya orang kurang upaya.

Ingatan ini diberikan sekumpulan individu yang berhimpun di sini bagi melahirkan kebimbangan mereka terhadap isu berkenaan. "Tujuan kami berkumpul di sini, Ahad adalah untuk menegaskan desakan kami supaya jambatan udara disediakan di KLIA2 untuk keselamatan dan keselesaan semua penumpang," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Mereka terdiri daripada pengguna kerusi roda, individu yang mengalami kekurangan upaya, warga emas, wanita mengandung, sukarelawan dan pihak lain.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Kristian Shuang Fu Untuk Orang Kurang Upaya Danny Tan, yang berkerusi roda berkata jambatan udara penting untuk penumpang kurang upaya.

"Kami golongan Orang Kurang Upaya. Kami tidak mahu menyusahkan orang lain untuk membantu kami menaiki pesawat," katanya dan menambah kata bahawa pihak berkenaan perlu melihat hal itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan