Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis - Najib

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

"Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

"Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila."

Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. "Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis," katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

"Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang... tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian," katanya.

Menyentuh kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun kepada pesara kerajaan yang disifatkan terlalu kecil oleh sesetengah pihak, Najib berkata ia berdasarkan kemampuan dan komitmen kerajaan.

"Ia satu komitmen besar... Kita mempunyai skim pencen yang komprehensif... tetapi jika kami berupaya memberi lebih, kami akan beri. Penyelarasan ini tidak pernah dibuat sebelum ini, maka jangan fikir bahawa ia tidak penting atau tidak signifikan," katanya.

Najib semasa membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kira-kira 600,000 pesara kerajaan akan menikmati penyelarasan pencen tahunan melibatkan kenaikan dua peratus berkuatkuasa 2013. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan