Kedah Buat Persediaan Hadapi Banjir

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah membuat persediaan awal untuk menghadapi kemungkinan banjir besar berlaku di beberapa daerah pada bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata antara persediaan awal yang dibuat ialah memastikan bekalan bantuan makanan mencukupi untuk mangsa banjir dan logistik bagi memudahkan pemindahan penduduk ke kawasan selamat.

"Kita ada sedikit peruntukan dana untuk banjir dan kita juga minta kerjasama dari kerajaan pusat untuk membantu negeri ini jika berlaku banjir seperti tahun lalu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di sini, Ahad.

Katanya kerajaan negeri juga telah menyediakan 10 buah bot ringan untuk tujuan menyelamat di setiap daerah yang berisiko banjir seperti daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang.

Awal November tahun lalu, tiga daerah negeri ini iaitu Padang Terap, Kubang Pasu dan Kota Setar teruk terjejas dilanda banjir yang membabitkan lebih 40,000 penduduk.

Azizan berkata kerajaan negeri berharap kerajaan pusat membantu membina tebatan banjir di negeri ini bagi mengelak kawasan berisiko daripada ditenggelami banjir.

Katanya beliau agak dukacita kerana Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini tidak mengumumkan bantuan untuk projek tebatan banjir bagi Kedah tetapi memperuntukkan bantuan untuk Perlis, Perak dan Johor. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan