Jawatankuasa Perinci Saluran Bantuan Persekolahan Ditubuhkan - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan dan baucer buku sebelum sesi persekolahan 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu akan dinikmati seramai 5.8 juta pelajar di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan agama.

"Selain pemansuhan semua jenis bayaran tambahan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sebelum ini, semua murid akan menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 manakala pelajar tingkatan 6 dan Martikulasi akan mendapat baucer buku berjumlah RM200," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, Isnin.

Menurut beliau, pihak sekolah akan menyalurkan pemberian baucer buku secara terus kepada murid bagi tujuan pembelian buku-buku dan satu mekanisme penukaran baucer turut akan disediakan.

"Oleh itu, saya mengingatkan ibu bapa atau penjaga murid supaya tidak menggunakan bantuan tersebut untuk tujuan lain," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan memastikan kadar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.

"Selaras dengan pemansuhan bayaran tambahan ini, satu surat siaran bagi menjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah," ujarnya.

Jelas beliau, selain bantuan pendidikan yang diumumkan dalam Bajet 2012, bantuan persekolahan sedia ada yang membabitkan peruntukan sebanyak RM3.11 bilion akan diteruskan.

"Oleh itu, saya yakin langkah-langkah yang dilakukan kerajaan ini mampu mengurangkan peratusan keciciran murid dari sistem pendidikan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan