Buku Seks Kelab Isteri Taat: KDN Kini Sedang Teliti Isi Kandungan

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Buku Kontroversi yang diterbitkan oleh Kumpulan Isteri Taat.
Buku Kontroversi yang diterbitkan oleh Kumpulan Isteri Taat.

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti isi kandungan buku kontroversi ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ sebelum mengambil apa-apa tindakan termasuk mengharamkan buku berkenaan.

Sumber bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran berkata, pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang bekerjasama dalam meneliti kandungan buku berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Kami (jabatan) sedang teliti isi kandungannya. Buat masa ini kita tidak dapat tentukan status buku ini.

"Tetapi isu buku ini ialah ia melibatkan fahaman yang dibawa oleh kumpulan al-Arqam sebab itu kita perlu kerjasama daripada Jakim sebelum kita ambil apa-apa tindakan,” kata sumber itu kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengedaran buku ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ yang diedarkan oleh Kumpulan Isteri Taat yang dipelopori oleh isteri bekas pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad, Haatijah Aam.

Dalam buku tersebut, penulisnya Haatijah Aam mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks secara spiritual dengan semua isterinya serentak.

Hatijah dipetik sebagai berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian tertinggi maka dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan melakukan hubungan seks dengan semua isterinya walau di mana sahaja mereka berada.

Kumpulan berkenaan dilaporkan akan tetap melancarkan buku kontroversi itu walaupun menerima protes daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Difahamkan buku berkenaan akan dilancarkan diperingkat global termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Mesir, Syria, Jordan, Britain dan Perancis.

Namun kumpulan berkenaan dikatakan tidak berminat untuk memasarkan buku tersebut di Malaysia, bagaimanapun buku berkenaan telah pun didapati berada di negara ini melalui ahli kumpulan Kelab Isteri Taat di sini.

Pada 13 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, Jakim akan meneliti isi kandungan buku berkenaan dan melihat apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil terhadap buku serta penulis buku berkenaan.

Beliau turut menyifatkan perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan