BN Akan Pastikan Selangor Kembali Diperintah BN - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor telah bersedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang bagi memastikan negeri itu kembali diperintah BN, kata Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata jentera di semua peringkat telah digerakkan bagi mempersiapkan semua anggota untuk menyalurkan maklumat dan penerangan kepada semua pengundi di Selangor supaya mereka mampu membuat pilihan tepat.

"Kita sudah sedia dengan jentera, hanya tunggu 'wisel' dari pucuk pimpinan. Rakyat di Selangor juga nampaknya telah bersedia untuk menerima perubahan ini melalui indikator yang kita lihat menerusi beberapa program yang telah dianjurkan.

"Sebagai pemimpin, kita juga perlu bersedia untuk sama-sama berjuang memastikan kemenangan BN tanpa mengira kepentingan lain. Letakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya," katanya kepada pemberita pada Majlis Sehari Bersama Menteri di Ban Canal, Homestay Kampung Sungai Sireh di sini, Ahad.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata seperti yang pernah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Selangor tidak boleh dipersalahkan sehingga negeri itu terlepas daripada tangan BN.

"BN telah buat kajian terhadap kesilapan yang dibuat dan kita sedang memperbaiki kesilapan itu. Kita yakin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

Terdahulu, Noh menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing yang disertai kira-kira 1,300 kaki pancing dari seluruh negara.

Juara pertandingan, Ahmad Abdul Wahab, 48, yang berjaya menangkap ikan baung seberat 1.27 kg membawa pulang wang tunai RM22,000 beserta hadiah iringan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan