Pembangkang Amal 'Dwipiawaian' Dalam Isu Aziz Bari - Berita Semasa | mStar

Pembangkang Amal 'Dwipiawaian' Dalam Isu Aziz Bari

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Parti pembangkang diminta supaya tidak mengamalkan "dwipiawaian" dalam isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari, dengan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

Sebaliknya kata Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ), Datuk Syed Hussien (Hussien) Al-Habshee, pihak pengurusan UIAM dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz.

"Apabila kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor diikuti peletakan jawatan Naib Canselornya, kita tidak nampak sebarang usaha daripada parti pembangkang untuk mempertahankan nasib mereka. Mengapa hanya kini mereka mahu berlagak sebagai hero," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau yang juga bekas duta besar negara ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mempersoal tindakan pembangkang yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.

Syed Hussien berkata, kenapa ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat oleh kerajaan negeri Selangor, tidak pula kedengaran laungan daripada pihak pembangkang tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.

"Pihak pembangkang sememangnya pandai mengambil peluang daripada sesuatu isu, itulah sikap mereka," kata beliau.

Abdul Aziz digantung tugas selama tujuh hari mulai Rabu lepas, berhubung tindakan mempertikai titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Syed Hussien menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa.

"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar Pas atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.

Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan