PAS Kedah Harap PKR, DAP Selesai Segera Masalah Agihan Kerusi

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS Kedah berharap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, PAS berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik.

"Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (PAS) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik.

"Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam pakakan rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta," kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Seri Mentaloon di sini, Ahad.

Mengenai pemilihan calon, Azizan berkata PAS tidak meletakkan syarat sama ada calon tersebut muda atau tua asalkan mereka memiliki kriteria untuk menang sudah memadai.

"PAS tak ada kuota calon muda atau tua cuma kita melihat persekitaran dan kehendak rakyat di kawasan berkenaan untuk pilih calon yang sesuai dengan kehendak rakyat.

"Kalau calon muda umur 21 tahun boleh menang, kita bagi dia jadi calon, tak kisah tua atau muda kerana dalam peperangan mereka kena berperang. Matlamat kita hanya untuk menang," katanya.

Antara penilaian PAS ialah calon hendaklah memiliki tahap kesihatan dan moral yang baik serta tidak kontroversi, kata Azizan dan menambah pakatan rakyat dalam keadaan selesa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan