Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghantar perutusan takziah kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud atas kemangkatan Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud.

Putera Mahkota yang juga Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Penerbangan Arab Saudi serta seorang anggota penting dalam badan pusat pembuat dasar kerajaan Arab Saudi itu, mangkat pagi ini waktu tempatan.

Perdana Menteri dalam perutusan takziahnya kepada Raja Abdullah, berkata kemangkatan Putera Mahkota itu merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja untuk kerajaan Arab Saudi tetapi juga kepada dunia Islam yang kehilangan seorang pemimpin hebat.

Najib berkata semasa hayat baginda, Putera Mahkota Sultan telah menjalankan tanggungjawab yang besar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Dan baginda mendapat kasih sayang dan perasaan hormat dari rakan-rakan senegaranya serta umat Islam atas integriti, kesederhanaan, dedikasi dan perubahan minda baginda.

"Ingatan dan doa kami adalah bersama Baginda dan anggota keluarga terdekat serta rakyat Arab Saudi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan