Kerajaan Pandang Serius Tuntutan 10 Perkara Himpun - Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Pandang Serius Tuntutan 10 Perkara Himpun - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, ada Sabtu.

Katanya kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan hal tersebut kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di sini, Ahad.

Jamil Khir berkata, "Mana-mana perkara yang berkaitan kuasa kerajaan negeri, kita akan minta negeri ambil tindakan manakala bagi pihak persekutuan kita akan bertindak selepas mengkaji segala sudut termasuk perundangan.

"Kita juga lihat mana yang lebih tepat untuk dilaksanakan sekiranya negeri-negeri tidak mampu berdiri atas enakmen atau akta yang memerlukan pindaan," tambahnya.

Mengenai seminar itu, beliau berkata, perkembangan pesat sistem kewangan dan perbankan Islam yang diterimapakai di peringkat global wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam Malaysia.

Katanya, sistem tersebut telah terbukti tidak terjejas semasa krisis ekonomi dunia serta tidak menganiaya pelanggan bank.

"Sistem dan mekanisme kewangan dan perbankan Islam yang kita miliki adalah lengkap dan berkembang pesat malah bank-bank konvensional mengikuti langkah dengan memperkenalkan sistem perbankan bercirikan Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jaminan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa bekalan daging dan haiwan untuk sembelihan sempena Hari Raya Haji adalah mencukupi merupakan rahmat untuk umat Islam negara ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan