Veteran ATM Digesa Daftar Sebagai Pemilih

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia menggesa semua pesara tentera dan veteran yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbuat demikian dengan segera bagi memastikan peranan mereka sebagai pejuang negara dapat dikekalkan.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata setakat ini, kira-kira 30,000 veteran tentera didapati masih tidak berdaftar sebagai pemilih.

"Adalah menjadi harapan kami agar semua veteran dapat mendaftar diri sebagai pemilih dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengundi mana-mana wakil yang mereka rasa boleh mewakili mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan perwakilan tahunan ke-85 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, Sabtu.

Beliau berkata semasa berkhidmat, veteran tentera mendaftar sebagai pengundi pos, namun selepas tamat perkhidmatan, ramai tidak mendaftar semula sebagai pengundi di tempat mereka bermastautin.

"Terdapat lebih kurang 300,000 bekas tentera di negara, tetapi hanya 172,000 yang berdaftar dengan JHEV, dan keadaan ini menyukarkan kita untuk mengesan siapa di kalangan bekas tentera yang masih belum mendaftar," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PBTM Pulau Pinang Rusli Zinol berkata terdapat kira-kira 2,500 veteran tentera yang tidak mendaftar sebagai pemilih di negeri tersebut.

"Untuk memastikan semua ahli PBTM mendaftar sebagai pengundi, lebih kurang 12 ahli PBTM telah dilantik sebagai penolong pendaftar SPR," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pesara tentera akan mendaftar dengan PBTM, yang kini mempunyai kira-kira 11,000 ahli di Pulau Pinang.

Terdahulu, Zulkiflee menyampaikan hamper kepada 110 pesara tentera dan anggota keluarga, 50 hamper kepada mereka yang menyambut Hari Deepavali dan dua kerusi roda kepada yang memerlukan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan