Tmn Industri Projek Ikonik M'sia-China

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NANNING: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia dan China bersetuju untuk menjadikan Projek Pembinaan Taman Industri Qinzhou di China sebagai projek ikonik yang melambangkan kerjasama Malaysia dan China yang semakin meningkat.

Perdana Menteri berkata, projek itu juga boleh menjadi mercu tanda kepada kemampuan syarikat Malaysia untuk mengendalikan projek perindustrian yang besar.

"Perundingan pelaksanaan Projek Taman Industri Qinzhou itu diharap dapat dimuktamadkan dan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kawasan Perindustrian China (Qinzhou) bersama rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao.

Najib mengadakan lawatan kerja dua hari ke sini yang berakhir hari ini atas jemputan Wen apabila Malaysia diundang menjadi Negara Kehormat Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2011 di sini tahun ini.

Perdana Menteri berkata, projek itu adalah strategik kerana kawasan itu amat berhampiran dengan negara ASEAN dan pelaburan Hainan yang merupakan pelaburan China yang berpotensi besar.

Najib juga berkata, projek itu masih pada peringkat awal dan syarikat pembalakan multinasional, Kumpulan Rimbunan Hijau terpilih menjadi syarikat utama yang akan memajukan projek taman industri itu.

Ini ialah kerana syarikat itu mempunyai kemampunan modal yang kukuh dan rangkaian yang luas di China, katanya, sambil menyatakan syarikat itu akan menjemput beberapa syarikat lain untuk bersama-sama memajukan projek itu.

Selain itu, sebagai sokongan tambahan untuk memupuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China, yang termasuk projek Taman Perindustrian Qinzhou, Najib juga mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China.

Beliau berharap segala urusan dan rundingan mengenai pelaksanaan projek itu dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat supata Malaysia dapat melancarkan projek itu tidak berapa lama lagi.

Taman Perindustrian Qinzhou, yang mempunyai keluasan 55 kilometer persegi itu, akan dibangunkan dalam tiga fasa dan akan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan. Fasa pertama, seluas 15 kilometer persegi akan siap dalam masa lima tahun. Sebuah bandar raya pelabuhan dekat kawasan itu telah siap pada 2009.

Projek itu dicadangkan oleh kerajaan China ketika pertemuan Najib dengan Wen di Kuala Lumpur pada April lepas.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bersama-sama Ka Ting telah mengadakan lawatan ke Taman Perindustrian itu, berkata malaysia ditawarkan 49 peratus kepentingan di dalam taman itu, yang terletak kira-kira sejam 15 minit pemanduan dari sini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan