Shaberry Cheek Terima Rayuan, Sahkan Mesyuarat Agung MAYC

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau menerima rayuan serta mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) yang diadakan pada 26 September 2010.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, beliau memaklumkan perkara itu kepada MAYC melalui surat pada 11 Oktober lepas.

Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa MAYC kebangsaan Sesi 2010/2011 yang dipilih pada 26 Sept perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC bagi memilih jawatankuasa baru bagi sesi 2012/2014 pada Mac tahun depan.

Ahmad Shabery berkata keputusan itu dibuat mengikut Seksyen 30(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, setelah beliau menerima rayuan presiden MAYC Mustaffa Mat Arof.

Beliau juga berkata keputusan yang dibuatnya itu adalah dengan merujuk surat berhubung keputusan panel penyelesaian pertikaian dan pendaftar pertubuhan belia yang tidak mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada 26 September 2010. Ahmad Shabery berkata pihak yang berkenaan perlu mengadakan mesyuarat itu dan jika gagal, pendaftaran MAYC boleh dibatalkan.

"Mesyuarat agung tahunan itu hendaklah mematuhi peruntukan Perlembagaan MAYC dengan mengambil kira semangat penyatuan MAYC daripada semua peringkat."

"Ini satu amanah yang besar, dan yang paling penting sekali ialah memastikan semua pihak dalam MAYC akan dapat bersatu dan bekerjasama dalam mengembalikan kegemilangan MAYC," katanya.

Pergolakan MAYC bermula apabila dua pemimpin dipilih dalam dua mesyuarat agung yang berbeza tahun lepas.

MAYC bergolak kembali pada bulan lepas, apabila Setiausaha Agung yang dipilih pada Mesyuarat Agung 31 Julai tahun lepas iaitu Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, cuba mengambil alih pentadbiran persatuan itu tetapi dihalang oleh Mustaffa, presiden yang dipilih pada Mesyuarat Agung 26 September.

Mesyuarat Agung 31 Julai 2010 memilih Akhramsyah Sanusi sebagai presiden. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan