PM Pulang Lepas Dua Hari Di China

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat pulang ke tanah air setelah dua hari berada di China.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.50 malam Jumaat.

Dalam lawatan itu, Najib dan rakan sejawatannya, Wen Jiabao merasmikan edisi kelapan Ekspo China-Asean (CAEXPO 2011), yang merupakan pameran perdagangan terbesar di China serta dianggap sebagai platform berkesan dalam mempromosikan kerjasama antara China dan Asean dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Beliau turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian antara beberapa pihak dari Malaysia dan China, serta menerima kunjungan hormat Presiden Bank of China Li Lihui, sebelum menganjurkan dialog meja bulat kerajaan Malaysia dengan pemimpin korporat Malaysia serta China yang terpilih.

Najib sebelum itu berada di Lombok, Indonesia untuk acara perundingan tahunan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan