PM Jangka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Malaysia-China

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NANNING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan lebih banyak peluang kerjasama diadakan antara sektor swasta Malaysia dan China apabila kedua-dua negara meneruskan pembangunan ekonomi masing-masing.

“China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan mencatatkan 12 peratus perdagangan keseluruhan manakala Malaysia adalah rakan dagangan global ke-lapan terbesar China. Ia merupakan hubungan yang menjana perdagangan US$46 bilion pada tahun lepas.

“Jika dagangan terus menunjukkan corak seperti tempoh enam bulan pertama tahun ini, yang mencecah US$31 bilion, kita akan menyaksikan dagangan yang lebih besar berbanding perangkaan tahun lepas,” katanya.

Najib berkata demikian pada dialog meja bulat dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat utama China, yang merupakan aktiviti khas Ekspo China-Asean pada tahun ini, bagi Malaysia sebagai Negara Kehormat.

Najib berkata hubungan itu yang semakin berkembang turut diperkasakan oleh peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) China di Malaysia.

"Tahun lepas, ini berkembang 300 peratus untuk meningkat kepada AS$208 juta.

"Sehingga Ogos tahun ini, angka itu meningkat kepada AS$337 juta, yang merupakan peningkatan 62 peratus berbanding keseluruhan angka tahun lepas. Sambil pencapaian ini diambut baik dan menggalakkan, masih terdapat ruang bagi dilakukan peningkatan.

"Saya berharap China terus melihat Malaysia sebagai satu sumber pelaburan yang baik dan sebaliknya China akan menjadi sumber FDI yang penting, yang bukan sahaja di Malaysia malah juga di Asean,” katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan