Pengharaman Buku Kumpulan Isteri Taat: Jakim Serah Kepada KDN

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan isu pengharaman buku kontroversi ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ terbitan Kumpulan Isteri Taat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata beliau tidak boleh memberikan ulasan berhubung isu tersebut sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN.

“Apa pun perkara ini perlu dirujuk kepada Menteri dan KDN. Saya tidak berhak komen,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online.

Dalam pada itu, cubaan mStar untuk mendapatkan respon daripada Timbalan Setiausaha bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran bagaimanapun tidak berhasil.

Kelab Isteri Taat sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi apabila pengasasnya mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks dengan semua isterinya serentak.

Pengasas kelab berkenaan, Hatijah Aam yang juga penulis buku kontroversi tersebut dilaporkan berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian tertinggi maka dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan melakukan hubungan seks dengan isteri-isterinya walaupun mereka berada di tempat yang berasingan.

“Kita tidak pernah mengatakan seorang suami boleh mengadakan hubungan intim dengan semua isterinya serentak dalam satu bilik yang sama. Ini tidak dibenarkan.

“Apa yang kita maksudkan adalah apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tinggi, dia dibenarkan serta mempunyai keupayaan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri-isterinya secara rohani.

"Ini adalah cara bagi seorang lelaki memuaskan nafsu mereka," katanya pada sidang media di Mekah, Arab Saudi yang disiarkan melalui laman sosial, Skype pada Jumaat.

Kumpulan berkenaan tetap melancarkan buku kontroversi itu walaupun menerima protes daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Hatijah berkata buku berkenaan akan dilancarkan diperingkat global termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Mesir, Syria, Jordan, Britain dan Perancis.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan dikatakan tidak berminat untuk memasarkan buku tersebut di Malaysia. Pada 13 Oktober lalu, Jamil dilaporkan berkata Jakim menyekat pengedaran buku kontroversi berkenaan kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Jamil dipetik sebagai berkata pihaknya akan menyiasat isi kandungan buku berkenaan dan melihat apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil terhadap buku serta penulis buku berkenaan.

Beliau turut menyifatkan perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan