M'sia-Indonesia Sepakat Selesaikan Isu Nelayan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Malaysia dan Indonesia sepakat untuk menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan kedua-dua negara di sempadan yang masih menjadi pertikaian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Jumaat. Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada rundingan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Lombok semalam.

Antara perkara yang dibincangkan ialah soal kebajikan nelayan Malaysia dan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh sempadan perairan kedua-dua negara, katanya kepada pemberita di sini selepas menyerahkan barangan keperluan kepada 3,000 keluarga India di kawasan Parlimen Tanjong Karang sempena Deepavali.

Noh berkata, beliau juga diarahkan oleh Perdana Menteri supaya berbincang dengan rakan sejawatannya Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Cicip Sutardjo mengenai perkara itu agar satu Memorandum Persefahaman (MoU) dapat disediakan segera.

"Dalam MoU itu akan dibentangkan SOP (prosedur operasi standard) iaitu cara kita nak memberikan kebajikan kepada nelayan-nelayan yang menangkap ikan di kawasan sempadan yang dipertikaikan," katanya.

Noh menambah, menerusi rundingan semalam, Malaysia dan Indonesia juga akan membuat peraturan atau undang-undang yang mengenakan hukuman setimpal dan tidak membebankan ke atas nelayan yang menceroboh sempadan maritim dipersetujui kedua-dua buah negara.

"Kadang-kadang nelayan tidak sedar dia sudah masuk kawasan sempadan... untuk itu, kedua-dua pihak harus fikirkan tindakan sesuai untuk nelayan yang 'genuine'," katanya yang akan mengadakan pertemuan dengan Cicip bulan depan.

Beliau berkata, isu itu perlu dilihat daripada segi undang-undang dan peraturan yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua kementerian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan