MCA Tumpu Usaha Rampas Kembali Kedah Daripada PR - Berita Semasa | mStar

MCA Tumpu Usaha Rampas Kembali Kedah Daripada PR

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: MCA Kedah akan menumpukan usaha membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri ini daripada tangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Penasihatnya Datuk Seri Chor Chee Heung berkata usaha itu menjadi keutamaan dan parti itu tidak mempunyai masalah jika perlu bertukar kerusi atau diberi tambahan kerusi.

"Perkara utama ialah merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang. Mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan itu boleh dirundingi," katanya kepada pemberita ditemui selepas menyempurnakan penyerahan jentera bomba kepada pasukan Bomba Sukarela Jalan Kilang Tebu di sini, Sabtu.

Chor, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diminta mengulas mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum 2008, MCA Kedah hanya menang satu daripada dua kerusi Parlimen manakala bagi Dewan Undangan Negeri, hanya memenangi satu daripada empat kerusi yang ditandinginya. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan