Malaysia Hulur Bantuan US$1Juta Kepada Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kerajaan Malaysia bersetuju menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak US$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada Thailand yang kini dilanda banjir besar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil melahirkan rasa sedih dan simpati, Muhyiddin berharap sumbangan kemanusiaan itu sedikit sebanyak mengurangkan kesusahan dan kesengsaraan yang dialami rakyat negara itu. "Kita rasa sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Thailand. Kita lihat banjir yang besar hampir dengan sebahagian daripada bandar raya Bangkok dan kawasan-kawasan sekitar Ayutthaya tenggelam dan rakyat mereka berpindah ke kawasan-kawasan yang tinggi. Kita lihat semua ini.

"Sebab itu di peringkat awal di Kabinet semalam kita putuskan (untuk hulurkan) bantuan itu walaupun tak diminta," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di sini, Sabtu.

Muhyiddin mengakui malapetaka yang melanda di Thailand tentunya memberi kesan kepada bekalan bahan makanan seperti beras dan gula dan kenaikan harga barangan bukan sahaja akan berlaku di negara ini bahkan juga negara lain yang mengimport bekalan makanan.

"Bukan Malaysia sahaja tetapi negara lain yang berdagang dengan Thailand juga akan menghadapi masalah harga barang yang lebih tinggi atau bekalan barang yang tak mencukupi. Kita lihat apa yang berlaku (kelak)," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan