Kerajaan Selangor Tidak Wajar Politikan Isu Air - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu bekalan air yang akan membebankan rakyat negeri itu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2014.

Muhyiddin berkata kerajaan parti pakatan itu perlu bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2)demi kepentingan rakyat.

Namun, katanya kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengendahkan langsung amaran kerajaan pusat dalam hal bekalan air. "Kita sudah bagi amaran jangan politikkan isu air sebab soal ini akan menjejaskan nasib rakyat. Tapi nampaknya sampai sekarang pun kerajaan Selangor tak bagi lampu hijau," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin telah mengadakan berbincang dengan kerajaan Selangor beberapa kali namun kerajaan Selangor tidak mahu bekerjasama menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata yang demikian, rakyat negeri Selangor tidak boleh mempersalahkan kerajaan pusat sekiranya menghadapi krisis air kerana telah bersungguh-sungguh berusaha menyelesaikan isu itu.

"Kalau tak buat hari ini maka pada 2014, memang tak dapat dinafikan (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya) menghadapi krisis air.

"Kerajaan Selangor sebelum selesaikan masalah lain perlu bagi persetujuan untuk membolehkan projek Langat 2 itu dilaksanakan. Jangan persalahkan kerajaan pusat kalau sampai peringkat esok tak ada bekalan dan rakyat menanggung bebanan dan derita," katanya.

Berdasarkan unjuran permintaan dan pembekalan air di Selangor sehingga Julai tahun ini, bekalan air di Selangor sekitar 4,122 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti yang ada iaitu 4,326 JLH, dengan tahap simpanan hanya 1,204 JLH atau 4.7 peratus sahaja. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan