Kelab Isteri Taat Cuba Cetuskan Kontroversi - Berita Semasa | mStar

Kelab Isteri Taat Cuba Cetuskan Kontroversi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab Isteri Taat sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi apabila pengasasnya mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks dengan semua isterinya serentak.

Pengasas kelab berkenaan, Hatijah Aam yang juga penulis buku kontroversi, Seks Islam Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia' berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tertinggi dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan boleh melakukan hubungan seks dengan isteri-isternya walaupun mereka berada di tempat yang berasingan.

“Kita tidak pernah mengatakan seorang suami boleh mengadakan hubungan intim dengan semua isterinya serentak dalam satu bilik yang sama. Ini tidak dibenarkan,

“Apa yang kita maksudkan adalah apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tinggi, dia dibenarkan serta mempunyai keupayaan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri-isterinya secara rohani,” katanya

"Ini adalah cara bagi seorang lelaki memuaskan nafsu mereka," katanya pada sidang media di Mekah, Arab Saudi yang disiarkan melalui laman sosial, Skype.

Kumpulan berkenaan sedang melancarkan buku kontroversi mengenai seks walaupun menerima protes daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Hatijah berkata buku berkenaan akan dilancarkan diperingkat global termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Mesir, Syria, Jordan, Britain dan Perancis.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan tidak berminat untuk memasarkan buku tersebut di Malaysia.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan