JKJR Beri 150,000 Topi Keledar Percuma Sejak 2008 - Berita Semasa | mStar

JKJR Beri 150,000 Topi Keledar Percuma Sejak 2008

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lebih 150,000 topi keledar diedarkan secara percuma dalam semua siri kempen keselamatan anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sejak 2008, kata Ketua Pengarahnya, Leslie Leon.

Beliau berkata selain itu, JKJR mengadakan kempen keselamatan membabitkan penyertaan pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti di seluruh negara.

"Bagi kempen keselamatan yang diadakan di sekolah menengah, semua topi keledar diberi secara percuma kepada pelajar, bagi kempen yang diadakan di jalan raya, setiap penunggang dan pembonceng motosikal dimestikan membuat pertukaran topi yang baru dengan topi yang mereka pakai," katanya.

Leon berkata demikian selepas merasmikan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sini hari ini sempena Persidangan Pengarah JKJR ketiga dari 21 hingga 23 Oktober.

Selain memfokus kepada penunggang dan pembonceng motosikal, kempen kali ini juga memberi tumpuan terhadap penggunaan tali pinggang keledar bahagian temoat duduk depan dan belakang kereta.

Hari ini, sebanyak 50 topi keledar dan 15 topi keledar kanak-kanak diedarkan kepada pengguna jalan raya, selain 100 ves keselamatan dan 300 keping 'visibility enhancement material'(VEM) serta 300 risalah keselamatan jalan raya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan