Elaun Anggota Bomba Sukarela Sedang Dikaji -Chee Heung

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membuat kajian bagi mencari mekanisme yang membolehkan anggota pasukan bomba sukarela dibayar elaun sebagaimana yang dinikmati badan-badan sukarela lain.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kajian itu mengambil contoh elaun-elaun yang dibayar kepada badan sukarela lain contohnya Rela untuk perbandingan bagi menentukan kadar elaun yang munasabah.

"Kerajaan mengambil pendekatan ini (bayar elaun) kerana mahu lebih ramai orang menyertai bomba sukarela terutama di bandar-bandar besar berikutan sikap mereka terhadap organisasi sukarela kurang memberangsangkan.

"Dalam soal ini semangat penduduk di bandar-bandar kecil lebih tinggi. Peranan mereka membantu Jabatan Bomba menghadapi kecemasan terutama memadam kebakaran amat berkesan,” kata Chee Heung kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sebuah jentera bomba kepada bomba sukarela Jalan Kilang Tebu di sini, Sabtu.

Jentera berkenaan disumbangkan Kelab Rotary Alor Setar. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Chee Heung mahu rakyat berfikiran lebih terbuka terhadap bomba sukarela di samping memahami bidang tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tidak terhad kepada memadam kebakaran kerana kepakaran anggota jabatan itu lebih luas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan