Akta Baru Untuk Bela Islam Perlu Jika ISA Diganti

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Satu undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memulihara kemuliaan umat Islam di dalam perlembagaan perlu dibuat kerajaan sekiranya terdapat akta baru untuk mengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dimansuhkan.

Perkara ini merupakan salah satu daripada 10 tuntutan dalam yang dibuat Himpunan Sejuta Umat atau Himpun menerusi Deklarasi Himpun yang disampaikan oleh Pengerusi Bersamanya, Mohd Azmi Abdul Hamid pada Sabtu, di sini.

"Undang-undang ini adalah perlu bagi menjaga sensitiviti agama dan memartabatkan syiah Islam dalam undang-undang di negara ini.

"Terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaan undang-undang yang sedia ada untuk menjaga akidah umat Islam dan satu akta perlulah dibuat untuk mengatasinya," kata Azmi.

Satu lagi gesaan yang disuarakan dalam perhimpunan tersebut adalah tuntutan supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Tuntutan ini menurut Himpun adalah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Azmi, Deklarasi Himpun akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, Raja-raja Melayu dan semua Menteri Besar pada minggu hadapan untuk tindakan lanjut.

Himpun yang membawa slogan "Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah" diadakan pada Sabtu di Stadium Shah Alam dengan tujuan memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dalam menegakkan syiar Islam dan mencegah gejala murtad.

Perhimpunan aman yang berlangsung selama empat jam itu dihadiri oleh hampir 10,000 orang yang kebanyakannya ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai dari sekitar Selangor dan Shah Alam.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan