Tanah Runtuh Di Genting Highlands, Seorang Cedera

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam Khamis.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan. "Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan