PPIM Gesa Akta Kebankrapan1967 Dikaji Semula

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis.

Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi.

"Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif," katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan