Nestle Sambut Ulang Tahun Ke-100 Di Malaysia Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Bhd yang akan menyambut ulang tahun ke 100 pada tahun 2012 bakal meraikannya dengan perayaan pemakanan dan kehidupan yang baik untuk sepanjang tahun.

Pemilihan tema "100 Tahun Nestle Di Sisimu" adalah kerana kewujudan produk makanan Nestle yang sudah bertapak di Malaysia untuk tempoh 100 tahun dan akan tetap berada di sisi pengguna setianya untuk 100 tahun akan datang.

Pengarah Urusan Nestle (Malaysia) Berhad Peter R Vogt berkata pencapaian 100 tahun itu menandakan perjalanan hebat dan warisan syarikat se abad lalu malah jenama Nestle telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai rakyat Malaysia.

"Antara strategi utama perniagaan kami adalah melalui tanggungjawab korporat Nestle iaitu konsep "Menjana Nilai Bersama" (CSV) yang menjana nilai terbaik untuk masyarakat memandangkan ia penting untuk kebajikan.

"Melalui konsep CSV ini juga, Nestle akan mendekati masyarakat bagi mendalami kemahuan dan keperluan mereka dalam kegunaan produk makanan dan barangan harian malah Nestle akan memastikan setiap produknya bukan sahaja berkualiti malah berkhasiat," katanya kepada pemberita di sini Jumaat. Beliau berkata perayaan 100 tahun Nestle di Malaysia itu adalah sesuatu yang di luar jangka kerana Nestle memperlihatkan kejayaannya dalam mengukuhkan kedudukan sebagai produk kegemaran selama 100 tahun dan kejayaan itu akan diteruskan untuk 100 tahun akan datang.

Nestle yang mula bertapak di Malaysia sejak 1912 beroperasi di Bishop Street, Pulau Pinang sebagai Syarikat Susu Pekat Anglo-Swiss telah menghasilkan susu Cap Junjung sebagai produk pertamanya dan kini beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Sebagai pengeluar produk halal terbesar, Nestle telah menghasilkan lebih daripada 300 produk halal yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan dari tujuh kilang yang terdapat di beberapa tempat di Malaysia.

Bagi menghargai kewujudan 100 tahun Nestle di Malaysia, pelbagai acara korporat akan dianjurkan sepanjang tahun antaranya Program Gaya Hidup Sihat di 100 sekolah berasrama, perasmian Perayaan Nestle 100 tahun, pameran di Muzium Negara, pelancaran acara amal 100,000 kotak makanan berkhasiat Nestle, pameran "Nestle Nourishing Malaysia" di Pulau Pinang dan "World Walking Day" Nestle.

Pada majlis itu juga, Nestle melancarkan logo terbarunya iaitu "100 Tahun Nestle Di Sisimu" yang akan mula digunakan tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan