Najib Akan Bertemu Perdana Menteri China, Pemimpin Korporat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NANNING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa lawatan kerja dua hari di sini, kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Najib juga akan mengadakan dialog meja bulat dengan pemimpin korporat China, kata Iskandar dalam satu taklimat di sini, Khamis mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Nanning.

Perdana Menteri tiba di sini Khamis malam untuk menghadiri Ekspo China-Asean (CAEXPO) kelapan atas jemputan rakan sejawatannya apabila Malaysia dipelawa menjadi negara kehormat CAEXPO tahun ini.

Iskandar berkata, semasa mengadakan perbincangan sambil bersarapan dengan Wen pada 21 Oktober, Najib juga berpeluang mempertingkatkan hubungan diplomatik Malaysia-China yang sedia terjalin sejak 37 tahun.

Beliau berkata, sebagai negara kehormat CAEXPO, pemimpin Malaysia diberi peluang mengadakan dialog meja bulat dengan pemimpin korporat China, yang merupakan aktiviti khas ekspo tahun ini, untuk menarik pelabur China ke Malaysia.

Iskandar berkata Najib dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan CAEXPO, berhubung bagaimana peranan China dan negara anggota ASEAN bagi mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi di rantau ini.

Beliau berkata ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana dijemput sebagai negara kehormat CAEXPO, bagi menonjolkan perkembangan ekonominya dan peluang perniagaan dan pelaburan kepada China dan negara anggota Asean.

Iskandar berkata Nanning telah pun dikhususkan sebagai hab bagi negara anggota Asean untuk memasuki pasaran China dan CAEXPO boleh menjadi satu platform kepada Malaysia bagi mempromosi perkhidmatan dan produk negara ke bandaraya lain terutama bandaraya peringkat ketiga atau keempat di China. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan